Thursday , May 25 2017
Home / BERITA / Saya cuba tenangkan dia tetapi dia tetap bunyikan hon & tunjuk isyarat lucah kepada orang yang berada di surau

Saya cuba tenangkan dia tetapi dia tetap bunyikan hon & tunjuk isyarat lucah kepada orang yang berada di surau

JOHOR BAHRU – Susulan kejadian seorang pemandu Toyota Camry dibelasah orang ramai, tersebar satu laporan polis yang dibuat oleh saksi kejadian dan sekali gus menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azlan Ab Salam, 29, di Balai Setia Indah, jam 3.52 petang tadi menjelaskan, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.45 petang semasa beliau sedang solat di Surau Austin Perdana, Jalan Austin Perdana 4, Taman Austin Perdana Johor.

“Terdapat sebuah kereta jenis Toyota Camry nombor pendaftaran JNM5665 yang dinaiki dua lelaki dan seorang perempuan bertindak membunyikan hon secara berterusan kerana mahu menggerakkan kereta mereka.

“Setelah selesai solat, saya keluar dari surau untuk menenangkan lelaki berkenaan dan memintanya menghormati orang Islam yang sedang membaca doa.

“Namun lelaki berkenaan tetap membunyikan hon keretanya dan menunjukkan isyarat lucah kepada orang yang berada di surau. Pihak surau cuba memberi lelaki itu laluan untuk keluar dan beliau seperti tidak sabar, terus menekan pedal dan telah melanggar sebuah kereta yang lain berada di depannya.

“Kemudian beliau bertindak mengundurkan keretanya secara mengejut dan telah melanggar seorang lelaki berumur lingkungan 50-an yang sedang melintas jalan. Dan terdapat beberapa lagi mangsa pelanggaran yang dilakukan oleh lelaki berkenaan yang berada di belakang keretanya,” tulis Khairul dalam laporan polisnya itu.

loading...

Check Also

tembak mati isteri

Rupanya Ada Skandal,Punca pegawai polis tembak mati isteri

Ada Skandal,Punca pegawai polis tembak mati isteri|Susulan kes seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang menembak …

Empat Lelaki Ditembak Mati Kerana Melalukan Samun Di Sri Rampai

KUALA LUMPUR: Empat lelaki dipercayai aktif dalam kejadian samun ditembak mati di Sri Rampai, di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by themekiller.com