Thursday , May 25 2017
Home / CERITA / Kisah Sebenar Di Sebalik Penutupan Taman Tema Air Mimaland

Kisah Sebenar Di Sebalik Penutupan Taman Tema Air Mimaland

Kisah Sebenar Di Sebalik Penutupan Taman Tema Air Mimaland | Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai Mimaland mula di bina dalam tahun 1971.

mimaland 1

Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabunganperkataan Malaysia In Miniature Land. Ia di bina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland di buat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

mimaland 2

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialahh “taman haiwan pra-sejarah” yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
mimaland 3
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain,, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan “giant maze”, serta kawasan untuk merentas rimba.
mimaland 4
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang,, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun.
mimaland 5
Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu #kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula,, berlaku kerosakan pada  dinding #kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
mimaland 6
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan,, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya.
mimaland 7
Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
mimaland 8 mimaland 9 mimaland 10 mimaland 11

Incoming search terms:

loading...

Check Also

SAYA MINTA MAAFLA,SAYA JANJI TAKKAN BUAT LAGI.’Tolonglah Bang, Jangan Report Polis’ – Scammer

Dah bersinar harapan nak dapatkan iPhone 7, rupa-rupanya ditipu oleh seorang pelajar tingkatan 4. Bila …

Akhirnya..Hasrat Achey Melawat Pusara Arwah Pak Yus Tercapai,Lepasni Boleh Melawat Pusara Harun Bhcik Pulak.

Akhirnya..Hasrat Achey Melawat Pusara Arwah Pak Yus Tercapai,Lepasni Boleh Melawat Pusara Harun Bhcik Pulak. Pelawak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by themekiller.com