Thursday , May 25 2017
Home / BERITA / Akhirnya..Hasrat Achey Melawat Pusara Arwah Pak Yus Tercapai,Lepasni Boleh Melawat Pusara Harun Bhcik Pulak.

Akhirnya..Hasrat Achey Melawat Pusara Arwah Pak Yus Tercapai,Lepasni Boleh Melawat Pusara Harun Bhcik Pulak.

Akhirnya..Hasrat Achey Melawat Pusara Arwah Pak Yus Tercapai,Lepasni Boleh Melawat Pusara Harun Bhcik Pulak.

Pelawak Achey yang juga ahli kumpulan Bocey meluahkan rasa lega kerana hasrat untuk melawat pusara sahabatnya, Pak Yus akhirnya tercapai.
Menurut Achey, dia sudah lama menyimpan niat untuk melawat pusara allahyarham Yusry Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, namun disebabkan kekangan masa hasrat itu beberapa kali tertangguh.

“Sebenarnya saya memang selalu teringat untuk melawat pusara arwah tetapi kerana jadual yang padat menyebabkan saya tidak dapat meneruskan niat saya itu.

“Semalam selepas solat Jumaat, saya curi masa memandu ke Kangar untuk menziarah ‘abang’ saya itu.

“Di Kangar saya bertemu dengan sahabat-sahabat arwah Pak Yus dan kami sempat luangkan masa bersama-sama,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Tambah Achey lagi, dia akan sentiasa menziarah pusara Allahyarham sekiranya mempunyai kesempatan.

“Insya-Allah, jika ada kelapangan saya akan datang lagi ke Kangar menziarah pusara Pak Yus dan berjumpa kawan-kawan di sini,” ujarnya.

Achey turut memuatnaik fotonya di pusara Pak Yus di Instagram, tengahari tadi.

Menerusi ruangan komen pada
entri tersebut, rata-rata pengikut Achey turut meluahkan rasa rindu mereka terhadap Pak Yus.

Achey ketika dihubungi sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur untuk bertugas sebagai hos program Gema GegarVaganza yang akan bersiaran pada malam ini.

loading...

Check Also

Empat Lelaki Ditembak Mati Kerana Melalukan Samun Di Sri Rampai

KUALA LUMPUR: Empat lelaki dipercayai aktif dalam kejadian samun ditembak mati di Sri Rampai, di …

SAYA MINTA MAAFLA,SAYA JANJI TAKKAN BUAT LAGI.’Tolonglah Bang, Jangan Report Polis’ – Scammer

Dah bersinar harapan nak dapatkan iPhone 7, rupa-rupanya ditipu oleh seorang pelajar tingkatan 4. Bila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by themekiller.com